Tuesday, August 11, 2009

Sesi Penerangan SRS Dan Dialog Bersama PDRM


















Pada hari Isnin malam Selasa, 10 Ogos 2009 bertempat di bangunan Pusat Aktiviti KRT Fasa 2,3&4 Taman Mawar telah berlangsung majlis “Sesi Penerangan SRS Dan Dialog Bersama PDRM”.

Antara jemputan yang hadir ialah Ketua Balai Polis Pasir Gudang C/insp Kamarul Hamizi Bin Zakaria, Pen Pegawai Pepaduan ( Unit Rukun Tetangga ) En Bahrim Bin Othman, Ahli Majlis MPPG zon Mawar En Mohd Amin Bin Ahmad, dan Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang Tuan Hj Mohd Saat Bin Ismail.

Selaku pengerusi Biro Keselamatan KRT Fasa 2,3&4,En Wahid Bin Ahmed telah mengambil pendekatan untuk mengadakan program ini sebagai salah satu cara untuk memberi pengetahuan kepada ahli ahli SRS berkenaan fungsi sebenar SRS disamping had kuasa dan tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan berlaku kesangsian dan salahlaku disepanjang menjalankan rondaan.

Oleh yang demikian KRT Fasa 2,3& 4 Taman Mawar telah mengundang jemputan khas iaitu En Bahrim Bin Othman, Pen Pegawai Perpaduan Unit Rukun Tetangga daripada JPNIN Johor bagi memberi penerangan , panduan dan peraturan berkenaan dengan Skim Rondaan sukarela .

Sesi dialog bersama PDRM pula, Ketua Balai Polis Pasir Gudang, C/insp Kamarul Hamizi Bin Zakaria telah memberi penerangan yang jelas berkenaan kerjasama yang boleh dijalinkan antara Balai Polis dengan KRT Fasa 2,3&4 Taman Mawar.

En Mohd Amin Bin Ahmad selaku Ahli Majlis MPPG Zon Mawar pula menjelaskan tentang persoalan kemasyarakatan dalam majlis dialog tersebut. Manakala Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang, Tn Haji Mohd Saat Bin Ismail telah merakamkan rasa gembira diatas perjalanan majlis yang lancar dan mendapat kerjasama penduduk.

Pada majlis tersebut, Ketua Balai Polis Pasir Gudang telah menyampaikan kad kuasa rondaan kepada semua ahli ahli Skim Rondaan Sukarela seramai 24 orang yang diketuai oleh En Saidi Bin Maasin.

No comments: