Saturday, August 22, 2009













Setelah majlis Perangan SRS bersama PDRM, pada 20/08/2009 (Khamis malam Jumaat) KRT Fasa 234 telah mengambil jalan pendekatan bersama dengan anggota SRS mengadakan sekalai lagi sesi penerangan dan tanggung jawab SRS peringkat dalaman,
didalm perjumpaan tersebut perkara utama yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Taklimat Jadual Rondaan/Skim Rondaan Sukerela.
Dari pendekatan serta penerangan yang di berikan ini juga telah menarik minat dari kalangan jiran-jiran untuk sama-sama menyertai dan turut serta didalam skim ini bagi sama-sama bertanggung jawab menjaga keselamatan dan ketenteraman didalam kawasan dikawasan KRT fasa 234 selain dari merapatkan lagi hubungan diantara jiran.

Tuesday, August 11, 2009

Sesi Penerangan SRS Dan Dialog Bersama PDRM


















Pada hari Isnin malam Selasa, 10 Ogos 2009 bertempat di bangunan Pusat Aktiviti KRT Fasa 2,3&4 Taman Mawar telah berlangsung majlis “Sesi Penerangan SRS Dan Dialog Bersama PDRM”.

Antara jemputan yang hadir ialah Ketua Balai Polis Pasir Gudang C/insp Kamarul Hamizi Bin Zakaria, Pen Pegawai Pepaduan ( Unit Rukun Tetangga ) En Bahrim Bin Othman, Ahli Majlis MPPG zon Mawar En Mohd Amin Bin Ahmad, dan Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang Tuan Hj Mohd Saat Bin Ismail.

Selaku pengerusi Biro Keselamatan KRT Fasa 2,3&4,En Wahid Bin Ahmed telah mengambil pendekatan untuk mengadakan program ini sebagai salah satu cara untuk memberi pengetahuan kepada ahli ahli SRS berkenaan fungsi sebenar SRS disamping had kuasa dan tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan berlaku kesangsian dan salahlaku disepanjang menjalankan rondaan.

Oleh yang demikian KRT Fasa 2,3& 4 Taman Mawar telah mengundang jemputan khas iaitu En Bahrim Bin Othman, Pen Pegawai Perpaduan Unit Rukun Tetangga daripada JPNIN Johor bagi memberi penerangan , panduan dan peraturan berkenaan dengan Skim Rondaan sukarela .

Sesi dialog bersama PDRM pula, Ketua Balai Polis Pasir Gudang, C/insp Kamarul Hamizi Bin Zakaria telah memberi penerangan yang jelas berkenaan kerjasama yang boleh dijalinkan antara Balai Polis dengan KRT Fasa 2,3&4 Taman Mawar.

En Mohd Amin Bin Ahmad selaku Ahli Majlis MPPG Zon Mawar pula menjelaskan tentang persoalan kemasyarakatan dalam majlis dialog tersebut. Manakala Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang, Tn Haji Mohd Saat Bin Ismail telah merakamkan rasa gembira diatas perjalanan majlis yang lancar dan mendapat kerjasama penduduk.

Pada majlis tersebut, Ketua Balai Polis Pasir Gudang telah menyampaikan kad kuasa rondaan kepada semua ahli ahli Skim Rondaan Sukarela seramai 24 orang yang diketuai oleh En Saidi Bin Maasin.

Monday, August 10, 2009

Bengkel e-Rukun Tetangga

Bertempat di Hotel M-Suit Johor bahru pada 02/08/2009 (Ahad) telah diadakan satu bengkel e-Rukun Tetangga anjuran Jabatan Pepaduan Negara dan Integrasi National Daerah Johor Bahru.
KRT Fasa 23&4 telah menghantar wakil bagi menghadiri kursus tersebut dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang.
KRT Fasa 23&4 juga telah menerima komputer sebagai kemudahan berurusan dengan Jabatan Perpaduan melalui Online.
Seramai 54 KRT didalam daerah Johor Bahru telah menerima peruntukan komputer tersebut.

Wednesday, August 5, 2009

Lawatan tapak pembinaan Tabika Permata








Demi masyarakat apa jua sanggup dilakukan, itulah dia AJK KRT Fasa 23&4, dimana satu bangunan untuk Tabika Permata akan dibina bersebelahan dengan pusat kegiatan KRT.
Lawatan tapak dan perbincangan telah dilakukan oleh pegawai Perpaduan dari Puterajaya dengan diiringi oleh En Mansor bin Hasim Pen.Pengarah Perpaduan Negeri Johor bersama dengan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Baru bersama-sama dengan Ajk Krt fasa 23&4 Pada 01/08/2009(Sabtu) Jam 3.30 petang.